Alhamdulillah.... majlis berjalan lancar. Lepas makan, berbual dan berehat lebih kurang, sekarang time nak attack pinggan mangkuk pulak. Inilah part yang Nia paling suka. Main air dalam besen dengan buih sabun sambil membilas-bilas pinggan, dapat lagi duduk mengumpat dengan sepupunya Mah dan adik beradiknya yang lain. Letih memang letih tapi dah duduk beramai-ramai macam ni, tak sedar lagi. Nia ternampak 2 orang perempuan mungkin umur adik bungsunya sedang menolong mengemas-ngemas pinggan didalam. Tak pernah dia tengok dorang ni. Muka sama betul dengan mamat tadi. Nia bertanya kakak sepupunya Mah. Mah adalah adik Nura.
“Itu sepupu Nas sebelah Abg Khalid. Yang tua tu Kartika umur Idah, lepas Amir, yang sorang lagi tu Atilia, lepas Ika. Eh, kau tak pernah tengok ke? Ingat kakak asal ada majlis saja dorang ni tak pernah tak datang, emak dia kakak Abg Khalid."
"Tak perasan pulak kak, mungkin pernah kot, tapi masa dorang kecik, ni dah besar panjang. Si Amir yang kakak sebut tu pun Nia ingat-ingat lupa. Umur Amir tu ingat Nia umur Nia kan?"
"Rasanya ya kot. Karang-karang lah lagi ceta nya, karang mak kamu panggil balik..Kakak yang terbongkang dengan pinggan mangkuk ni sorang-sorang." Nia ketawa dengan omelan Kak Mah. Betul jugak, kesian dia nanti.
Sebelum pulang mereka bersalaman dengan Kak Nura. Dah tidur disana 2 hari ni, boring lah pulak nak balik rumah. Keluarga Nia memang rapat sangat dengan Kak Nura. Dah macam kakak sendiri. Ayah Nura abang pada ayah Nia. Selepas ayah Nura meninggal Nura dibela ayah Nia, sampai sekarang mereka masih rapat, walau Nura dah ikut Khalid pindah ke rumah sendiri.
Nas sudah sedia berdiri nak bersalam dengan Nia. Sambil mengunjuk tangan Nia sempat menyakat dia.
"Hah cium..kena hormat tau, walau ni auntie muda.."
"Yalah Buwen.. mana pernah Nas tak cium. Tak nak salam dengan abg Amir ke?"
Nia hanya tersenyum sambil menoleh kesisi dan melihat Amir yang tertunduk malu. Aik, dia pulak malu. Alahai comelnya orang jantan malu!
***********************************************************************************
Nia ketawa sendiri. Hehe.. Rupanya ada udang sebalik mee. Hem…dorang ni lah. Korang mesti tertanya-tanya kan, apalah yang Nia bebelkan ni. Anak sepupu Nia tu Nas. Sebelum mereka pulang waktu majlis hari itu dia sempat hampiri Nia dikereta. Rupanya dia tersengih macam kerang busuk tu ada hal. Hal itu bersangkut paut dengan mamat lat la (lalat, sebab kacamatanya yang besar macam lalat) itu.
”Buwen..kejap lah...Nas ada benda ni nak bagitau..”
”Ya Allah, budak ni, tak habis-habis, tadi cakap nanti-nanti. Hah.. apa?”
”Pasal abg Amir..dia suruh tanya kat Buwen, umur berapa, sekolah dimana? Nas nak bagitau apa? Bukannya Nas tau Buwen sekolah kat mana, umur berapa?”
“Aik…yang mamat lat la tu nak tau kenapa?”
“Lat la? Err…alah.. takkan Buwen tak paham? Dia berminat lah Buwen...”
“Hahaha...ye ke? Hmm...Nas bagitau kat mamat tu Buwen dah Tingkatan 6, umur dah 20 tahun..”
”Betul ke Buwen, tak lah Nas tau Buwen dah tua sangat...”
Hahaha..Nia rasa nak peluk aja anak sepupu nya tu...
No comments:
Post a Comment