Tahun 1995
”Apalah nak jadi kau ni Nia, ayah suruh repeat lagi tak nak, tengok kak Hane dah lepas pun. Walau repeat 3 kali.”
”Alah mami, Nia tak nak lagi duduk exam lah, nak try Maktab Teknik, nak ambil diploma, kursus sekretari ke business ke..”
“Dapat ke? O level dapat 3 subjek aje..”
“Insyallah lah mami. Doakan Nia ye...”
Hari pertama Nia di Maktab. Belum ada kawan pun..hem...ayahnya temankan jugak tapi tak happy sangat lah. Kan dia ni degil tak nak dengar cakap ayahnya. Tapi kesian jugak Nia tengok ayahnya, jauh jugak dari dewan besar nak ke bangunan Nia. Nia terpaksa ambil kursus Sains. Dengan kelulusan yang dia ada, dia mesti buat Pre National Diploma dulu, lepas tu baru National, kalau ada rezeki baru Higher National. Alamat merana lah Nia selama 3 1/2 tahun kat maktab ni.
“Hai, saya Nia, awak pun ambik kursus Sains ye?” Nia menegur gadis yang berselisih dengannya menuju ke bangunan Sains.
“Ya. Saya Amal. Amalina. Nama penuh awak siapa?”
“Erwinnia Najwa Mohd Said. Awak pulak?”
“Amalina Bakar. Macamana hari pertama? Seronok tak?”
“Boleh lah..Tapi tak nampak lagi dengan satu kursus kita. Dengar ramai kan.”
”Mungkin ada yang masih ronda-ronda sekitar maktab. Aku dengar ada 14 orang, cuma 2 orang lelaki. Esok kita dah orientasi, malas rasa nak ikut sports lah, aktiviti menanam pokok lah. Memang tentu kena ragging oleh seniors punya.”
”Sama, aku pun. Heh, kita boleh escape tak?”
”Banyak lah kau punya escape, baru masuk dah nak buat ulah. Tapi kalau dapat seronok kan?”
'Hahaha... Amal, I think we will make a wonderful pair!'
***********************************************************************************
Orientation week memang waktu yang sangat membosankan. Bayangkan kena ragging oleh seniors. Lepas tu aktiviti pulak yang tak membantu perkembangan minda. Adake patut diorang suruh susun batu-bata dari satu hujung ke satu hujung untuk sampai ke garisan penamat. Tak cukup itu diorang suruh kami buka kasut sports kami dan kasut-kasut tu diorang campakkan kedalam tiang gol. Kami mesti mencari kasut kami, siap pasang dengan tali kasutnya dengan sesempurnanya, barulah berlari kegarisan penamat. Siapa yang tak dapat buat memanglah kena nanti di hari terakhir orientasi.
Acara cari seniors dan ambil tandatangan memang acara wajib lah. Entah kenapa lah diorang seniors ni suka sangat nak glamor. Konon dengan mendapatkan tandatangan tu kami akan ingat nama dan muka mereka. Huh..jangan harap lah. Nia cuma ikut atau curi-curi dengar dari kawan-kawan yang dah berjaya dapat nama seniors, lepas tu dia dan Amal akan berlari menuju seniors-seniors tersebut. Takde masa lah dia nak ambil tau betul yang tu siapa yang ni siapa.
Yang Nia kesian tengok Auntie Rasiah, Auntie Malar dan Kak Choi waktu orientation ni. Diorang ni dalam group Nia tapi kira mature students, atau dalam erti kata lain diorang ni in-service. Auntie Rasiah dah bekerja di Makmal Saintifik, Auntie Malar di hospital dan Kak Choi memang lab assistant di makmal Maktab kami tapi dia further studies lagi. Kesian lah tengok diorang ni terpaksa berlari kehulu-hilir mintak signatures dan ikut serta semua aktiviti yang tak berfaedah tu. Apa boleh buat, Maktab tak memberi exemptions pada diorang ni.
“Nia, aku rasa lah guy tu tengok kau lah..”
“Mana? Cun tak?”
“Aku tak berapa nampak pulak, tapi aku perasan dia dan geng-geng dia dari awal pagi dah ada kat bawah pokok tu, sampai sekarang masih ada lagi, tapi tak pulak ikut orientasi..”
“Kau ni Amal, mana tau dia seniors jugak, tapi tak jadi AJK, saja nak memantau kita.”
“Taklah, aku nampak dia terover excited tengok kau susun batu-bata tadi, siap berdiri lagi.”
“Hemm.. tak tahu lah aku, mana ada aku kenal orang lain lagi disini ni. Jomlah, habiskan cari seniors ni, nanti kena pulak kita..”
No comments:
Post a Comment